Ringkasan




OBJEKTIF
Penubuhan maahad tahfiz Al-Quran ini adalah berdasarkan objektif dan manhaj yang jelas iaitu:


  • Tanggungjawab terhadap agama dan ummah
  • Memikul amanah Allah atas rasa taqwa
  • Menyebarkan Dakwah Fi Sabilillah
  • Melahirkan para huffaz yang cemerlang dunia dan         akhirat


STATUS
MTAPD adalah sebuah pusat pengajian bertaraf persendirian yang diasaskan oleh barisan imam masjid tempatan, masyarakat setempat dan individu yang berkaitan. Institusi ini terkecuali dari sebarang unsur-unsur yang cenderung kepada politik kepartian atau siasah semasa bahkan sebaliknya ia adalah sebuah institusi ilmu hasil dari perkongsian bersama dan untuk semua. Maahad tahfiz ini telah  beroperasi dengan lesen yang disahkan pendaftarannya di bawah Suruhanjaya Syarikat malaysia dan JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang )






STRUKTUR BANGUNAN

MTAPD terdiri daripada dua blok bangunan yang menempatkan bilik asrama, kelas  pengajian/musolla, bilik pejabat dan beberapa bangunan keperluan asas seperti bilik air,  tandas, dapur dan dewan makan.


BILANGAN PELAJAR
Pihak pengurusan maahad hanya menghadkan tampungan pelajar hanya seramai 50 orang sahaja bagi setiap sesi pengajian iaitu dalam tempoh empat tahun untuk satu sesi/penggal.

SYARAT KEMASUKAN PELAJAR
Syarat-syarat yang ditetapkan bagi pengambilan pelajar memasuki institusi pengajian ini adalah seperti berikut:


  • Berumur 13 tahun
  • Lelaki
  • Kelulusan UPSR 2 A
  • Khatam dan boleh membaca al-Quran dengan baik
  • Tiada masalah akhlak dan kesihatan

KURIKULUM PELAJARAN
Berikut  adalah beberapa subjek matapelajaran yang tersedia di maahad ini:


  • Hafazan 30 juzuk al-Quran ( Subjek Utama )
  • Tajwid al-Quran ( 1x seminggu )
  • Feqah dan Tauhid ( 2x seminggu )
  • Terjemahan Al-Quran ( 1x seminggu )
  • Adab (1x seminggu )
  • Bahasa Arab ( 1x seminggu )
  • Tarannum & Fashohah ( 1x seminggu )
  • Talaqqi al-Musyafahah ( 4x seminggu )

TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian di MTAPD ini adalah selama empat tahun iaitu tiga tahun untuk tamat hafazan 30 juzuk manakala peruntukan satu tahun selepasnya adalah untuk mencapai Kepujian Syahadah iaitu satu sesi pengajian untuk kemantapan hafazan Al-Quran ke tahap cemerlang.

ANUGERAH PERSIJILAN

Pihak maahad akan mengeluarkan sijil kecemerlangan kepada pelajar yang berjaya setelah tamat pengajian mereka. Dua sijil yang disahkan oleh pihak MTAPD akan dikeluarkan kepada setiap pelajar yang layak iaitu:

  •     Sijil Khatam Tahfiz al-Quran ( Hafiz )
  •     Sijil Syahadah Tahfiz al-Quran ( Mumtaz )


PENCAPAIAN PELAJAR
Alhamdulillah, setelah lebih 10 tahun beroperasi, MTAPD telah berjaya

  • ·    Melahirkan 35 pelajar Huffaz dengan sebahagiannya berjaya mendapat Kepujian   Syahadah Mumtaz.
  • ·     Mewakili Kebangsaan dan Antarabangsa (Musabaqah Tahfiz).
  • ·     Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam SPM sehingga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti. tempatan dan luar negara.

LANJUTAN PENGAJIAN
Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian di MTAPD ini akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dalam bahagian Muallim di beberapa institusi pengajian yang disarankan seperti berikut: 
  •   Maahad Qiraat Al Azhar (MAQAAZ) Alor Setar, Kedah.
  •   Maahad Tahfiz al-Quran Darul Ulum Islamiah Kubang Bujuk, Serada, 25050 Kuala  Terengganu.
  •   Maahad Tahfiz al-Quran Darul Ulum Islamiah, Sri Petaling Selangor.
  •  Maahad Tahfiz al-Quran Darul Ulum Islamiah, Langgar Alor Setar Kedah 
  •    Maahad Al Ihsaniah ( MANHAL ) Pulau Pinang

Kebanyakan dari kalangan pelajar lepasan maahad ini menyambung pengajian mengikut pilihan dan kecenderungan mereka. Namun, demi menjamin masa hadapan yang lebih cerah, pihak MTAPD telah berusaha menyediakan alternatif terbaik kepada pelajar apabila pihak MTAPD telah menjalinkan hubungan kerjasama (MOU) dengan Maahad Qiraat Al-Azhar (MAQaaz), Alor Setar, Kedah. Ini bermakna lepasan pelajar MTAPD akan layak mengambil diploma di MAQaaz dan seterusnya berpeluang menyambung pengajian mereka dalam Takhassus Al-Quran di Universiti Shubra, Mesir.

PENUTUP
Sesuatu pelaksanaan bagi setiap bentuk kebajikan dan perjuangan tidak akan dapat dijayakan jika ia diasaskan atas dasar nafsu atau rasa semangat. Demikian juga jika perjuangan itu hanya berlandaskan kepentingan dan maksud duniawi semata.
     
Namun, setiap sesuatu perjuangan ma’ruf  yang dibangunkan oleh azam suci, yang diasaskan atas dasar iman dan taqwa kepada Allah, sudah pastinya sempurna serta terbela. Justeru, Maahad Tahfiz al-Quran Pengkalan Damar ini terbina adalah sebagai gelanggang jihad untuk menggamit Redha Allah SWT.

         
“ WAHAI ORANG–ORANG YANG BERIMAN, JIKALAU KAMU MENOLONG ALLAH (BERJUANG BAGI AGAMANYA ) NESCAYA DIA MENOLONG KAMU DAN MENETAPKAN ( HATI ) TELAPAK KAKIMU ”

(SURAH MUHAMMAD : 7)
_________________________________

No comments:

Post a Comment