PERANCANGAN PENUBUHAN INSTITUSI PENGAJIAN AL-QURAN
Maahad Tahfiz Al-Quran Pengkalan Damar (MTAPD) Sg. Karang Kuantan, Pahang DM dalam perancangan menubuhkan Institusi Pengajian Al-Quran di tanah wakaf Cherating, Kuantan yang berkeluasan lebih kurang 7 ekar.
Tujuan pembinaan institusi ini adalah bagi menampung permintaan dan jumlah pelajar yang semakin meningkat serta dapat memberi penempatan yang lebih selesa dan juga dalam merealisasikan misi dan visi kami.
MTAPD bercadang akan melancarkan tabung dan kutipan wakaf pembinaan serta pembangunan institusi ini dalam masa terdekat.
MTAPD amat mengharapkan dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari syarikat-syarikat dan korporat-korporat serta juga individu-individu dalam mengisi tabung dana pembinaan institusi pengajian kami kelak.
Adalah menjadi harapan kami agar dapat menyediakan sebuah institusi pengajian Al-Quran yang serba lengkap di lokasi yang baru kelak.
Konsep dan cadangan institusi tersebut adalah seperti di bawah :-
- Kompleks dalam taman
- Keseluruhan prasarana terancang
- Fasa tersusun jangkamasa panjang
- Keluasan tanah yang diperlukan 5 ekar
- Anggaran kos pembinaan keseluruhan sebanyak TBA
Gambar-Gambar Lawatan ke Tapak Tanah
No comments:
Post a Comment