Saturday, 13 October 2012

Pengenalan


MUQADDIMAH

Hasil dari pelbagai usaha dan satu matlamat maka perancangan penubuhan menjadi suatu agenda penting dari semua pihak khususnya yang terdiri daripada imam masjid, ketua kampung, individu tertentu dan umumnya masyarakat setempat. Masing-masing cuba menunaikan peranan dan usahasama agar perancangan ini dapat direalisasikan demi suatu tanggungjawab, amanah dan misi dakwah untuk manfaat bersama di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Maka dengan itu penubuhan MTAPD ini dijadikan sebagai salah satu pentasnya untuk menjayakan misi-misi tersebut.






Maahad Tahfiz al-Quran Pengkalan Damar ini telah mula beroperasi sejak awal Februari tahun 2000. Sebelum penubuhannya maahad tahfiz ini pada peringkat awalnya telah diadakan bertempat di kawasan Batu Hitam awal tahun 1999. Ia adalah cetusan idea dari Tn. Haji Ramali b. Marzuki dengan sokongan padu Yang Berbahagia Dato’ Haji Ahmad Faizul dan Ustaz  Edzuan b. Ramali yang ketika itu menjawat jawatan Imam di Masjid  TPPTM sungai karang. Pihak pengurusan ketika itu telah menyewa sebuah rumah teres dua tingkat dengan kadar sewaan sebanyak RM 400.00 sebulan bagi kemudahan kelas dan asrama untuk 4 orang pelajar.

Alhamdulillah dengan kehendak Allah SWT, hasrat pihak pengurusan untuk mendapatkan tempat pembelajaran yang lebih sempurna termakbul apabila salah seorang penduduk Qariah Sungai Karang iaitu Tuan Hj. Ismail bin Jusoh telah bermurah hati mewakafkan sebidang tanah yang amat bersesuaian bagi penubuhan sebuah maahad tahfiz Al-Quran. Tapak bagi penubuhan maahad tahfiz ini bertempat di Qariah Sungai Karang Pantai (Pengkalan Damar) iaitu tidak jauh dari kelas pengajian tahfiz yang terdahulu.

Pada tahun 2000 MTAPD telah berpindah ke tapak pengajian baru yang disiapkan secara berperingkat selama tiga tahun dengan membina pembangunan asas secara sederhana. Sehingga kini MTAPD terus beroperasi seadanya dengan pembinaan berterusan yang telah pun menelan belanja RM 250 000.00