MUQADDIMAH
Hasil dari pelbagai usaha dan satu matlamat maka
perancangan penubuhan menjadi suatu agenda penting dari semua pihak khususnya
yang terdiri daripada imam masjid, ketua kampung, individu tertentu dan umumnya
masyarakat setempat. Masing-masing cuba menunaikan peranan dan usahasama agar
perancangan ini dapat direalisasikan demi suatu tanggungjawab, amanah dan misi
dakwah untuk manfaat bersama di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Maka dengan
itu penubuhan MTAPD ini dijadikan sebagai salah satu pentasnya untuk menjayakan
misi-misi tersebut.
Maahad
Tahfiz al-Quran Pengkalan Damar ini telah mula beroperasi sejak awal Februari
tahun 2000. Sebelum penubuhannya maahad tahfiz ini pada peringkat awalnya telah
diadakan bertempat di kawasan Batu Hitam awal tahun 1999. Ia adalah cetusan
idea dari Tn. Haji Ramali b. Marzuki dengan sokongan padu Yang Berbahagia Dato’
Haji Ahmad Faizul dan Ustaz Edzuan b.
Ramali yang ketika itu menjawat jawatan Imam di Masjid TPPTM sungai karang. Pihak pengurusan ketika
itu telah menyewa sebuah rumah teres dua tingkat dengan kadar sewaan sebanyak
RM 400.00 sebulan bagi kemudahan kelas dan asrama untuk 4 orang pelajar.
Alhamdulillah dengan kehendak Allah SWT, hasrat pihak pengurusan untuk
mendapatkan tempat pembelajaran yang lebih sempurna termakbul apabila salah
seorang penduduk Qariah Sungai Karang iaitu Tuan Hj. Ismail bin Jusoh telah
bermurah hati mewakafkan sebidang tanah yang amat bersesuaian bagi penubuhan
sebuah maahad tahfiz Al-Quran. Tapak bagi penubuhan maahad tahfiz ini bertempat
di Qariah Sungai Karang Pantai (Pengkalan Damar) iaitu tidak jauh dari kelas
pengajian tahfiz yang terdahulu.
Pada
tahun 2000 MTAPD telah berpindah ke tapak pengajian baru yang disiapkan secara
berperingkat selama tiga tahun dengan membina pembangunan asas secara
sederhana. Sehingga kini MTAPD terus beroperasi seadanya dengan pembinaan
berterusan yang telah pun menelan belanja RM 250 000.00